Saturday, October 9, 2010

Ciri-ciri Tamadun

Ciri-ciri utama tamadun ialah :

1. Pertempatan Kekal
2. Kehidupan Berorganisasi
3. Sistem Pemerintahan
4. Pengkhususan Kerja
5. Agama dan Kepercayaan
6. Bahasa dan Sistem Tulisan


PETEMPATAN KEKAL



Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik. Kawasan yang dipilih untuk pertempatan tetap amat penting untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan.


KEHIDUPAN BERORGANISASI



Kehidupan secara berorganisasi ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran hidup mereka. pertambahan penduduk telah membawa kepada proses pembahagian masyarakat yang lebih kompleks seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah di atas.


SISTEM PEMERINTAHAN



Kewujudan sistem pemerintahan adalah untuk menjalankan pentadbiran yang membawa kepada sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.


PENGKHUSUSAN PEKERJAAN



Pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada pengkhususan pekerjaan dalam tamaduun awal. peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting yang secara tidak langsung akan membawa kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi.


 AGAMA DAN KEPERCAYAAN




Agama dan kepercayaan amat berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyrakat, prkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dalam proses pembentukan tamadun awal. manusia pada peringkat awal proses pembentukan tamadun percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekelilingnya. Kepercayaan ini dikenali sebagai animisme. Secara evolusi bertukar menjadi agama. Agama tamadun awal ini dikenali sebagai politeisme yang bereerti pemyembahan terhadap lebih satu tuhan.


BAHASA DAN TULISAN




Penciptaan bahasa dan sistem tulisan memainkan peranan penting dalam penyeberan ilmu pengetahuan dan perhubungan di dalam sesebuah masyarakat. Antara bahasa tertua ialah Yunani dan Sanskrit, manakala contoh tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram

Apakah itu Tamadun?

DEFINISI TAMADUN




  • Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataan mudun dan madain.
  • Selain itu, terdapat juga perkataan Arab lain yang mempunyai perkaitan dengan tamadun iaitu madana yang mempunyai dua maksud iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.
  • Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna ialah civilization yang berasal daripada bhasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar.
  • Di samping itu juga, tamadun juga boleh diertikan sebagai peradaban.




TAMADUN MENURUT PANDANGAN BARAT
  • Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran.


TAMADUN MENURUT PANDANGAN ISLAM
  • Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. 
  • Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.
  • Pandangan ini turut disokong oleh Sarjana Barat iaitu Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.